Hulu sarong - kayu rengas.
Kalau anda dapat lihat, hulu dan sarong parang mempunyai bunga / ira kayu yang selari. Cuba lihat garisan lurus dari hulu terus selari dengan sarong.
Gambar ni agak clear sikit. Saya amik pakai hp je. Kualiti gambar kurang memuaskan. Tapi apa yg saya boleh katakan di sini hulu dan sarongnya bertemu jodoh. Seperti juga manusia. Kalau dah dapat jodohnya, mesti ada iras antara mereka. Mata samalah, bibir samalah dan macam-macam lagi. Sama gak macam parang. Cuma bezanya jodoh hulu sarong atas tukangnya.
Bermula dari pemilihan kayu, pemilihan titik mula untuk di potong dan sebagainya. Ini semua untuk memastikan yg ira/bunga kayu akan selari. Kerjanya agak rumit juga tapi ini satu cabaran untuk saya dalam pertukangan ini. Ada lagi parang yg seperti ini dan jika ada kelapangan, saya akan paparkan untuk tatapan anda.
Mata - spring 9".
Harga - RM150.00.
Kegunaan - Potong daging time rewang kenduri.
SUDAH DI JUAL
No comments:
Post a Comment