Translate

Thursday 28 February 2013

HULU KEPALA RIMAU.

Koleksi terbaru dari saya.



Mata - spring lori 11"
ulu - kemuning emas
sarong - perupok + rengas.



Kepala rimau ni takde mata. Di larang dek guru. 
Simbolik saja dah memadai.





Kegunaan - sesuai untuk rewang.
Harga - RM 180.00.
SOLD 


Monday 25 February 2013

PARANG UNTUK DI JUAL

Terdapat beberapa bilah parang yg dapat saya siapkan. Dengan design terbaru dari TAMMAN.



Hulu sarong - kayu rengas.



Kalau anda dapat lihat, hulu dan sarong parang mempunyai bunga / ira kayu yang selari. Cuba lihat garisan lurus dari hulu terus selari dengan sarong. 


Gambar ni agak clear sikit. Saya amik pakai hp je. Kualiti gambar kurang memuaskan. Tapi apa yg saya boleh katakan di sini hulu dan sarongnya bertemu jodoh. Seperti juga manusia. Kalau dah dapat jodohnya, mesti ada iras antara mereka. Mata samalah, bibir samalah dan macam-macam lagi. Sama gak macam parang. Cuma bezanya jodoh hulu sarong atas tukangnya. 
Bermula dari pemilihan kayu, pemilihan titik mula untuk di potong dan sebagainya. Ini semua untuk memastikan yg ira/bunga kayu akan selari. Kerjanya agak rumit juga tapi ini satu cabaran untuk saya dalam pertukangan ini. Ada lagi parang yg seperti ini dan jika ada kelapangan, saya akan paparkan untuk tatapan anda. 


Mata - spring 9".
Harga - RM150.00.
Kegunaan - Potong daging time rewang kenduri.
SUDAH DI JUAL




KERIS

Seperti yg di janjikan. Di sini saya uploadkan untuk anda ganbao keris yg telah siap.



Inilah rupa keris yg berjaya di siapkan. Makan masa lebih kurang 3 hari. Maklom jarang-jarang buat sarong keris. Hari pertama buat hulu shj. Berikutnya sarong dan last finishing. 


Hulu jawa demang- kayu mata kucing
samping - kayu rengas



Sarong - kayu perupok
Kasut - kayu arang.


Mata - rantai motor.
Kegunaan - Perhiasan / keris pengantin.


Harga - RM280.00 (Nego)
( Telah Di Jual )