Parangtamman akan mengadakan pameran dan jualan di Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang.
Tarikh : 7 Nov 2013 - 15 Nov 2013
Tempat : Padang MPK Kuantan, Pahang.
Masa : 10 Pagi - 10 malam.
Hall Agro Bazaar...booth no 120. Galor Mewah Ent.
Datanglah beramai-ramai. Berbagai aktiviti dan jualan berlansung di sana.
Koleksi terdiri dari kayu kemuning emas, arang bunga,rengas, mata kucing dan sebagainya.
Mata parang dari besi spring, paku keretapi dan papan chainsaw.
STOK TERHAD. HARGA BOLEH RUNDING.
Datanglah beramai-ramai.
Antara yang akan di pamer..
Translate
Tuesday, 5 November 2013
Saturday, 19 October 2013
TERBARU DARI PARANGTAMMAN.
Parang potong tulang.....TEMPAHAN KHAS.
Berat keseluruhan - 1.1kg
Berat mata + hulu - 775gram.
Tebal mata - kurang 1cm.
Mata - spring lori 11"
Kayu - Kerantai (hulu), Akasia (sarung)
Kegunaan - potong tulang lembu/kambing.
Harga - RM250.00.
( Telah Di Jual )
Parang ini telah di booking oleh saudara dari Felda Jelai 2. Pada awalnya, ia di buat untuk kegunaan sendiri. Namun setelah saudara dari Jelai melihat satu video yang saya rakam, beliau terus memBOOKING parang ini. Kena buat lain lah nampaknya. Ini video tersebut....
Parang dalam video tersebut adalah gambar parang yang tertera di atas. Ia merupakan parang yang ke 3 pernah di buat seumpamanya. Dan cara inilah yang saya lakukan untuk menguji katahanan mata parang.
Paku yang di gunakan berukuran 4 inci. 2 bilah sebelumnya telah bertukar tangan sebaik melihat parang tersebut beraksi. Bermakna saya terpaksa membuat lagi untuk kegunaan sendiri.
Dalam koleksi saya sendiri ada 3 bilah parang yang mampu memotong tulang. Ini antaranya gambarnya.....
Berat keseluruhan - 1.8kg
Berat mata + hulu - 1.3kg
Berat keseluruhan - 1.8 kg
Berat mata - 1.3 kg.
( Telah Di Jual )
Memang khas untuk tulang. Tapi mata parang ni bukan saya buat. Harga pun boleh tahan. Di sebabkan agak berat, tu yang saya cuba buat sendiri. Yang ringan sikit. Tapi masih mampu memotong tulang. Tapi....tulah...bila siap satu, orang amik. Buat satu lagi....di amik orang gak. Yang ketiga nipun belum sempat buat hulu dah kena booking. Alhamdulillah.....penat wooo...semuanya manual.
Tapi tak pe. Lepas ni saya akan cuba buat yang lagi ringan dan mampu berkerja memotong tulang gak. Doa kanlah....moga di izinkan tuhan.....Parang yang 2 kilo ni sapa-sapa nak, tipon je.
Sunday, 22 September 2013
KOMUNITI FELDA 2013.
Parangtamman akan mengadakan pameran dan jualan.
Lokasi : Felda Palong 3, Gemas, N. Sembilan.
Tarikh : 25 September 2013.
Hari : Rabu.
Masa : 3 petang - 10 mlm.
Anda semua di jemput hadir.
Lokasi : Felda Palong 3, Gemas, N. Sembilan.
Tarikh : 25 September 2013.
Hari : Rabu.
Masa : 3 petang - 10 mlm.
Anda semua di jemput hadir.
Tuesday, 17 September 2013
PARANG UNTUK DI JUAL.
Beberapa bilah yang dapat di siapkan baru-baru ini.
Pelbagai jenis besi dan kayu. Antaranya rengas, sepetir,
merbau, kerantai dan mata kucing.
Stok terhad. Siapa cepat dia dapat.
Mata - Spring lori 11"
Kayu - Rengas
Harga - RM230.00
( TELAH DI JUAL )
Mata - Papan chainsaw 9"
Kayu - Rengas
Harga - RM150.00
( Telah Di Jual )
Mata - spring lori 7"
Kayu - Kerantai (kedondong hutan)
Harga - RM150.00
( TELAH DI JUAL )
Mata - Papan chainsaw 9"
Kayu - Bidara ( mata kucing)
Harga - RM150.00( Telah Di Jual )
Mata - spring lori 11"
Kayu - Rengas
Harga - RM 230.00
( Telah Di Jual )
Mata - spring lori 10"
Kayu - merbau
Harga - RM 190.00
( Telah Di Jual )
Mata - Kon bearing 10"
Kayu - sepetir
Harga - RM270.00
(Telah Di jual)
Monday, 2 September 2013
KARNIVAL JOM KE FELDA
Gambar yang sempat di ambil ....
Stok yang di bawa untuk pameran.
Sepanjang 3 hari, alhamdulillah, sebanyak 4 bilah telah di jual.
Berkongsi booth dengan usahawanita yang membuat
acar buah.
Antara produk terbaru dari parangtamman.
Keychain berbentuk parang yang mendapat sambutan.
Sekitar kawasan karnival yang masih lengang.
Bro badut ni frust coz tak dapat nak bukak parang tengok mata.
Replika jer bro....
Penulis blog bersama bro badut dan protege parangtamman.
Pertunjukan para glider.
Isteri saya yang sama membantu di karnival tersebut.
Sampai replika parang besar tu pun ada tempahan.
Beliau juga merupakan pengusaha acar buah booth yang sama.
Tuesday, 27 August 2013
MAKLUMAN
Parangtamman akan mengadakan pameran di Karnival Jom Ke Felda.
Tarikh : 30 Ogos - 1 Sept.
Lokasi : Felda Palong 4,5,6, Jempol , N.Sembilan.
Datanglah beramai-ramai...
Tarikh : 30 Ogos - 1 Sept.
Lokasi : Felda Palong 4,5,6, Jempol , N.Sembilan.
Datanglah beramai-ramai...
Thursday, 16 May 2013
RIBUT....
Nama sebilah parang yang di hasilkan dan telahpun DI JUAL.
RIBUT.
Kayu - rengas.
Mata - kon bearing 10"
Serbaguna
Lihat bagaimana corak kayu yang terhasil.
Antara keunikan parang ini adalah corak bunga yang selari antara hulu dan sarung.
Lihat jalur rengas. Kerjatangan yang amat rumit.
Ukuran di ambilkira dari awal lagi sebelum kayu di potong.
Bahagian sisi kanan.
Pusar yang menarik.
Saya sendiri terpesona dengan corak bunga yang terhasil.
Walaupun pengalaman kayu ini ada, namun jarang terdapat
bunga kayu seperti ini.
Bahagian sisi kiri.
Jalur bunga yang selari.
Salah potong, jalur bunga akan lari.
Pandangan sisi kiri.
Pandangan atas.
Bunga selari.
Ini antara pengalaman baru yang saya perolehi.
Untuk mendapat hasil sepeti ini, kesabaran perlu tinggi.
Ketelitian untuk memilih bahagian yang di potong amat
penting. Selain pemilihan kayu.
Pernah terjadi hasil yang kurang memuaskan hati saya
hanya kerana kurang teliti.
RIBUT telah di rebut oleh saudara dari Gemencheh.
Awalnya beliau hanya melihat parang yang lain.
RIBUT di tempat lain. Tidak di pamerkan.
Melihatkan beliau begitu berminat, saya memperlihatkan RIBUT.
Tak banyak tanya. RM50 tarok. Booking.
"Minggu depan saya datang bayar pull. BOLEH ?"
BEGHEHHHH......
Subscribe to:
Posts (Atom)

























