Translate

Thursday 16 May 2013

RIBUT....

Nama sebilah parang yang di hasilkan dan telahpun DI JUAL.

RIBUT.
Kayu - rengas.
Mata - kon bearing 10"
Serbaguna
Lihat bagaimana corak kayu yang terhasil.

Antara keunikan parang ini adalah corak bunga yang selari antara hulu dan sarung.
Lihat jalur rengas. Kerjatangan yang amat rumit.
Ukuran di ambilkira dari awal lagi sebelum kayu di potong.

Bahagian sisi kanan.
Pusar yang menarik.
Saya sendiri terpesona dengan corak bunga yang terhasil.
Walaupun pengalaman kayu ini ada, namun jarang terdapat 
bunga kayu seperti ini.

Bahagian sisi kiri.
Jalur bunga yang selari.
Salah potong, jalur bunga akan lari.

Pandangan sisi kiri.


Pandangan atas.

Bunga selari.
Ini antara pengalaman baru yang saya perolehi.
Untuk mendapat hasil sepeti ini, kesabaran perlu tinggi.
Ketelitian untuk memilih bahagian yang di potong amat 
penting. Selain pemilihan kayu.
Pernah terjadi hasil yang kurang memuaskan hati saya
hanya kerana kurang teliti.

RIBUT telah di rebut oleh saudara dari Gemencheh.
Awalnya beliau hanya melihat parang yang lain.
RIBUT di tempat lain. Tidak di pamerkan.
Melihatkan beliau begitu berminat, saya memperlihatkan RIBUT.
Tak banyak tanya. RM50 tarok. Booking. 
"Minggu depan saya datang bayar pull. BOLEH ?"
BEGHEHHHH......



2 comments: