Translate

Thursday, 28 February 2013

HULU KEPALA RIMAU.

Koleksi terbaru dari saya.



Mata - spring lori 11"
ulu - kemuning emas
sarong - perupok + rengas.



Kepala rimau ni takde mata. Di larang dek guru. 
Simbolik saja dah memadai.





Kegunaan - sesuai untuk rewang.
Harga - RM 180.00.
SOLD 


Monday, 25 February 2013

PARANG UNTUK DI JUAL

Terdapat beberapa bilah parang yg dapat saya siapkan. Dengan design terbaru dari TAMMAN.



Hulu sarong - kayu rengas.



Kalau anda dapat lihat, hulu dan sarong parang mempunyai bunga / ira kayu yang selari. Cuba lihat garisan lurus dari hulu terus selari dengan sarong. 


Gambar ni agak clear sikit. Saya amik pakai hp je. Kualiti gambar kurang memuaskan. Tapi apa yg saya boleh katakan di sini hulu dan sarongnya bertemu jodoh. Seperti juga manusia. Kalau dah dapat jodohnya, mesti ada iras antara mereka. Mata samalah, bibir samalah dan macam-macam lagi. Sama gak macam parang. Cuma bezanya jodoh hulu sarong atas tukangnya. 
Bermula dari pemilihan kayu, pemilihan titik mula untuk di potong dan sebagainya. Ini semua untuk memastikan yg ira/bunga kayu akan selari. Kerjanya agak rumit juga tapi ini satu cabaran untuk saya dalam pertukangan ini. Ada lagi parang yg seperti ini dan jika ada kelapangan, saya akan paparkan untuk tatapan anda. 


Mata - spring 9".
Harga - RM150.00.
Kegunaan - Potong daging time rewang kenduri.
SUDAH DI JUAL




KERIS

Seperti yg di janjikan. Di sini saya uploadkan untuk anda ganbao keris yg telah siap.



Inilah rupa keris yg berjaya di siapkan. Makan masa lebih kurang 3 hari. Maklom jarang-jarang buat sarong keris. Hari pertama buat hulu shj. Berikutnya sarong dan last finishing. 


Hulu jawa demang- kayu mata kucing
samping - kayu rengas



Sarong - kayu perupok
Kasut - kayu arang.


Mata - rantai motor.
Kegunaan - Perhiasan / keris pengantin.


Harga - RM280.00 (Nego)
( Telah Di Jual )


Saturday, 19 January 2013

Salam...dah lama sangat tak update blog. Parang pun dah banyak yg siap tapi tak sempat nak upload. Maklum...banyak sangat kerja. Ada gak yg bertanya mana gambo baru....ha...yg ni dapat diselamatkan. Sebelum ni, parang yg dah siap tak sempat ambik gambau dah tukar geran.
       Apa pun , minta maaf kerana lama tak update.

       Sekarang nih, saya banyak membuat sarung tempahan pelanggan sahaja. Yg datang dari dalam dan luar palong. Ada gak yg sudi menjual hasil kerjatangan saya. Dan sambutan amat menggalakkan. Kalau dari palong sendiri memang ramai yg berminat. Kadang kala sampai tak cukup tangan. Namun berkat tunjuk ajar SIFU, saya dapat menyiapkan semua tempahan walaupun ada di antaranya lewat dari tarikh yg di janjikan.



                          Buat masa ini, ada beberapa bilah parang yg telah siap. Belum lagi bertuan.
     




Panjang mata - 9".
Besi - kon bearing.
Kayu - bintangor merah.
Harga - RM 200.00
- TELAH DI JUAL-





Panjang mata - 7 "
Besi - kon bearing
Kayu - sepetir
Harga - RM 160.00
-TELAH DI JUAL-





Panjang mata - 7"
Besi - kon bearing
Kayu - bintangor coklat
Harga - RM 160.00.
-TELAH DI JUAL-


Kali ini sarung parang ada di ukir dengan ukiran tertentu untuk menambah seri lagi. Makan masa gak nak ukir sebab masa terhad. Masa kat bengkel di gunakan untuk menyiapkan hulu sarong shj. Mengukir pula diluar bengkel. Contoh masa meniaga. Saya ni petang kat pasar malam. Time org lengang, saya buat ukiran. 
Bearing...ikut pengalaman saya yg tak berapa ni, bearing ada kelebihan tertentu. Dari segi tajam dan tahan. Bergantung pada tukang besi. Kalau nak mengasahnya plak, boleh tahan lamanya. Lenguh. Tapi kalau dah tajam....UMANGAAIII....kos plak agak tinggi berbanding dengan spring biasa. Yelah...kena beli bearing dulu. Pas tu antar ke tukang besi. Modal tuu....Saya cuma buat sarong je. Ada tukang yg mengenakan bayaran sampai RM 75 sebilah untuk mata shj. Cer pikior.....blom campor sarong lagi. Tapi walaupun mahal, insyaallah....mutu mata puas hati. 

Sekarang nih saya tengah menyiapkan sebilah keris. Untuk koleksi tambahan. Nanti saya update. Dan jika ada yg berminat boleh call saya. 



     

Thursday, 17 May 2012

Yg ni untuk koleksi saya. 
Mata parang 9" pemberian saudara
dari Rawang. Blom spray lg.
Tapi dah cukup tajam dan berkilat.




Kayu yg di gunakan ialah Kemuning Hitam untuk hulu dan badan. Kemuning Emas untuk samping dan kasut. 
Patern ni saya namakan "sambung kayu". Proses membuat agak rumit. Perlukan kesabaran dan ketelitian.
Berbeza cara membuat sarung menggunakan sekeping kayu krn ia lebih mudah dan boleh di siapkan dlm masa yg singkat. Dlm membuat sambung kayu, kerumitan timbul jika ada kesilapan di awal pembikinan. Contohnya mata parang tidak dapat masuk dgn sempurna jika alignment samping ngan badan tak ngam. Itulah kerumitan yg biasa timbul krn tanggam kayu mesti perfect. Namun alah bisa tegal biasa. Bila selalu jumpa masalah yg sama maka akan ada penyelesaiannya. Dari pengalaman dan tunjuk ajar, dapat saya buat model ni dengan jaya. Itulah sebabnya upah untuk model sebegini agak mahal dan ia memakan masa yg agak panjang juga. Namun bagi saya ia adalah cabaran untuk meneruskan kesenian ini.....
               MEH RERAMAI BUAT PARANG............



Tempahan dari Rawang dah di sray. Cer nengok...




Berkilat. Tambah lagi 2 yg baru siap.




Mata - 9"
Kayu - Sepetir + Kemuning Emas.
Harga - RM 150.00.
Kegunaan - Tajam daging.




Saturday, 12 May 2012

Ni pulak gambar tempahan saudara dari Rawang. 
Blom 100% siap. Tinggal nak spray clear. 
Kalau dah siap spray lagi mengancam.
Beliau telah menghantar sejumlah mata parang.
Tempahan untuk hulu sarung shj.
 Di maklumkan besi yg digunakan adalah spring keretapi.
Dan kerjatangan tukang besi adalah sangat memuaskan.
Enjoy....


Mata - 13" 
Kayu - sepetir + kemuning emas
Harga - RM150.00
Kegunaan - sembelihan.


Mata - 13"
Kayu - sepetir +  kemuning emas
Harga - RM150.00
Kegunaan - sembelihan



Mata - 13"
Kayu - Kemuning emas + rengas merah
Harga - RM180.00
Kegunaan - sembelihan.


Mata - 13"
Kayu - kemuning emas + rengas merah
Harga - RM180.00
Kegunaan - sembelihan


Mata - 9"
Kayu - Bidara + rengas merah
Harga - RM120.00
Kegunaan - tajam daging.